Monthly Archives: August 2012

23-31Julai: Menanam Benih Pokok dan Anak Pokok

Satu aktiviti kebun yang dijalankan untuk menggalakkan aktiviti Mari Menanam ialah menanam 100-200 anak pokok dan benih secara berperingkat untuk diberikan kepada guru-guru, ibu bapa & murid-murid untuk ditanam di rumah masing-masing. Anak pokok atau benih yang ditanam terdiri dari sayur-sayuran, herba dan juga pokok hiasan.

Fasa 1: 20 pokok pegaga, 30 benih pokok bendi, 10 pokok duit-duit, 8 pokok garuda, 8 pokok daun ketumbar, 15 keratan batang Sabah Snake Grass dan 30 benih pokok kemboja cina.

Bila anak pokok / benih ini telah tumbuh dengan segar, ianya akan diberikan kepada warga Sri Permata secara berperingkat.

Advertisements

Menanam pokok kelapa, pokok pisang dan pokok betik

Aktiviti ini telah dijalankan oleh Encik Zahir Ahmad bersama-sama pekerja sekolah. Memandangkan sekolah telah dipenuhi dengan pokok-pokok dan juga tidak digalakkan menanam pokok besar lagi disebabkan masalah nyamuk, maka pihak sekolah hanya menumpukan perhatian kepada plot-plot tanah kosong yang terpencil.

Puan Chua pula telah menanam pokok betik bersama-sama murid  Tingkatan 5 dan 1 di Stesen Hijau.