Monthly Archives: July 2012

6 Julai 2012 : ‘Green’ Sports Day

Tahun ini Unit Ko-kurikulum telah menyokong program Hijau di sekolah. Syarat menghias khemah rumah telah diwajibkan menggunakan bahan kitar semula dan juga yang berunsurkan hijau.
Syabas dan terima kasih kepada Unit Ko-ku serta semua rumah sukan yang telah menyokong program hijau yang dijalankan di sekolah.

Pemenang Hiasan Khemah terbaik jatuh kepada RUMAH JERAI yang juga merupakan JOHAN KESELURUHAN temasya sukan tahun ini.
Tahniah dan Syabas kepada Rumah Jerai, dan kepada rumah sukan yang lain, jangan putus asa, jumpa lagi tahun hadapan.

Advertisements

12 Julai: Menghijaukan PSS

image

image

image

RAS mulai menjalankan aktiviti menanam memandangkan musim hujan sudah bermula. Bulan Jun aktiviti tidak dapat dijalankan sebab cuaca terlalu panas.

image

image

image

Projek Berkebun difokuskan kepada kawasan dan sudut-sudut kecil memandangkan kawasan sekolah telah banyak ditanam dengan pokok-pokok besar.

image

image

Projek ini diketuai oleh Tusila, Tusen dan rakan-rakan RAS dari Tingkatan Peralihan, Satu dan Dua. Mereka menggunakan masa sebelum sesi persekolahan bermula iaitu dari pukul 11pagi hingga 12:45petang.
Syabas kepada semua atas minat anda. Murid dijamu dengan beehoon goreng dan sirap sebelum kelas bermula.

Anda Ingin Menyertai Lawatan Ke Zoo Negara???

Satu lawatan ke Zoo Negara sedang dirancang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai “Endangered Animals”.

Isikan borang di bawah dan jika nama anda dipilih, surat kebenaran kepada ibu bapa akan dikeluarkan.
Terima kasih.
Pn Chua SG

Klik link di bawah untuk isikan borang:
https://docs.google.com/a/sripermata.edu.my/spreadsheet/viewform?formkey=dEVZOFRyREdSaXZ4NmlVVDc3LXM0WkE6MQ

Pertandingan

Cuba, jangan tak cuba 😉

image

image

2-5 Julai : Melukis Mesej Hijau Di Dinding Sekolah

Program ini bertujuan mengcungkil daya kreativiti murid serta mempamerkan mesej hijau untuk warga sekolah yang lain. Murid yang terlibat adalah dari Tingkatan 1 dan 2.
Cara melakukannya:
1. Pengumuman mengenai aktiviti ini dan murid yang berminat diminta menyerahkan satu salinan poster dalam saiz A4.
2. Murid di beri tempat untuk melukis supaya tidak mengotorkan dinding yang lain.
3. Alat-alatan untuk melukis disediakan dan setiap murid juga dibekalkan dengan wang minuman.
4. Murid menggunakan masa lapang iaitu jika tiada guru yang hadir, masa 10-15 minit sebelum sesi sekolah bermula dan juga selepas makan di kantin. Ada juga murid yang datang awal sebelum sekolah dan juga selepas sekolah untuk menghabiskan likisan mereka. Masa yang digunakan adalah kira-kira 3-4jam.
Sikap ini sangat positif kerana secara tidak langsung murid telah menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang bermakna.

Antara mesej-mesej yang telah dilukis:

      

* Penambahan kepada projek ini:
Seramai 14 orang murid Tingkatan 4 telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Kesemua kira-kira 40 orang murid terlibat dan berjaya menghasilkan 23 lukisan di dinding.