Monthly Archives: June 2012

22 Jun 2012: Hari Terbuka – RAS bersama ibu bapa / penjaga

Pada tahun ini, RAS @Sri Permata telah meminta ibu bapa/ penjaga yang hadir dengan memberi sokong kepada program dengan berikrar menjalankan aktiviti hijau di rumah. Ini bertujuan meneruskan usaha hijau dari sekolah sehingga ke rumah.
RAS yang bertugas telah menerangkan kepada ibu bapa/penjaga yang hadir tentang penglibatan sekolah dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Penglibatan ibu bapa/penjaga di rumah dalam aktiviti hijau dapat juga menguatkan dan menjadikan gaya hidup hijau di kalangan murid lebih menyakinkan.

Syabas kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah memberi sokongan

Advertisements

3R: Mengitar semula komputer lama

Unit ICT telah mengadakan satu jualan komputer lama yang telah disumbang oleh orang perseorangan dan juga komputer lama sumbangan PIBG. Wang dari jualan ini telah disumbangkan kepada unit ICT untuk program ICTL sekolah.
Terima kasih atas sumbangan anda.

16 Jun: Lawatan Sambil Bergambar ke KL BirdPark oleh Kelab Fotografi

Kelab Fotografi telah menganjurkan lawatan sambil belajar ahli-ahlinya dengan 2 tujuan:
– menikmati alam sekitar serta hidupan liar dan
– memberi peluang kepada ahli untuk menunjuk kepakaran mengambil gambar haiwan burung.
Lawatan ini dibiayai oleh Unit Ko-kurikulum serta ahlinya sendiri.

25 Mei 2012: Menjimat Air di Tandas

ELEKTRIK DAN AIR

Laporan aktiviti sehingga 25 Mei 2012

 

Aktiviti Menjimat Air : Prinsip Displacement of Water

 

Kos             : N I L

 

Tarikh            : Sejak 2 Mei 2012:

 

  1. Botol air mineral 500 ml telah dimasuk ke dalam cistern air di tandas guru lelaki dan guru perempuan.

 

  1. Botol air mineral 500 ml juga telah dimasuk ke dalam cistern air di tandas murid lelaki. Botol air mineral tidak boleh dimasuk ke dalam 3 cistern di tandas murid perempuan kerana cistern ditutup rapat untuk mengelakkan murid membuang barang ke dalam cistern. Hanya sebuah sistern boleh dibuka dan botol air mineral sudah dimasuk ke dalam sistern itu.

 

  1. Dengan aktiviti ini, setiap kali air dalam cistern ditarik, isipadu air yang ditarik adalah 500 ml kurang daripada yang biasa.

     


 

Disediakan oleh:

Pn Cheah Thean Hong

Green Message @ Papan Notis Persatuan & Kelab

LAPORAN PELAKSANAAN TAMAN HERBA 2012

 

TAJUK: PROJEK MORAL – BERSIHKAN TAMAN

TARIKH: JAN – MAC

TEMPAT: TAMAN HERBA

MASA: 7.45 pg – 8.45 pg (Hari Rabu)

PENYELARAS DAN URUSETIA: Cik Liew KY

BILANGAN PESERTA –    Semua pelajar Pend. Moral Ting. 5B dan 5D

PENCERAMAH / JURULATIH: Cik Liew KY

OBJEKTIF KURSUS / BENGKEL: Memupuk minat dalam penjagaan alam sekitar dan dapat membezakan antara pokok herba dan rumpai

ANALISIS KURSUS/BENGKEL:
KEKUATAN:

1. Para pelajar didedah kepada dunia herba.

2. Mereka dapat membersihkan taman dengan menggunakan alat-alat kebun yang sesuai.

3. Mereka belajar tentang pokok herba dan dapat membezakan antara tanaman herba dan rumpai.

4. Pelajar dapat menulis laporan aktiviti.

KELEMAHAN & KEKANGAN:

1. Tidak cukup masa.

2. Ada pelajar yang takut mengotorkan tangan.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Sarong tangan dibekalkan.

2. Lebih alat kebun dibeli.

Disediakan oleh:

LIEW KEAT YING
Ketua Taman Herba

 

Lampiran:

Mencabut rumpai

 

Mengalihkan pasu ke tempat yang sesuai

 

Membersihkan bulatan pokok kadok        

Projek Papan Notis Hijau Kelas