Monthly Archives: May 2012

Menukar 12 buah mentol fluorescent kepada 12 buah mentol jimat-elektrik

Tarikh        : Bulan Mei

Tempat    : kaki lima kiri dan kanan, Blok B, SMK Sri Permata

Penyelaras/Urusetia: Pn Cheah Tean Hong

Objektif Aktiviti:

  1. Menjimat penggunaan kuasa elektrik yang dipasang sepanjang malam tiap-tiap hari, lebih kurang dari pukul 7.00 malam hingga 7.00 pagi.
  2. Menyedari murid tentang kepentingan menjimat penggunaan kuasa elektrik.

Faedah Aktiviti:

  1. Sekolah dapat membantu kerajaan menjimatkan penggunaan kuasa elektrik.
  2. Murid akan sedar tentang kepentingan mengurangkan penggunaan sumber yang terhad seperti bahan api petroleum untuk menjana kuasa elektrik.

 

Kewangan:

Bil 

Perkara 

Kos (RM)

seunit 

Jumlah

(RM) 

Catatan 

1 

Memasang 12 buah socket baru untuk mentol jimat elektrik 

20.00  

240.00 

En Vincent akan diupah membuat kerja ini 

2 

12 buah mentol jimat elektrik 

10.00 

120.00 

Harga seunit adalah anggaran 

 

Jumlah

 

360.00 

 

 


Disediakan oleh:

Pn Cheah Thean Hong
Ketua Elektrik & Air

 

 


Advertisements

7 Mei 2012:Pelancaran RAS Peringkat Sekolah @ SMK Sri Permata

Majlis Pelancaran RAS di SMK Sri Permata telah dijalankan pada 7 Mei 2012 di kedua-dua sesi Perhimpunan Rasmi . Murid-murid dari Tingkatan 2 hingga 5 telah menjayakan pelancaran ini dengan bertemakan “Gardening”
Juruacara majlis ialah Uzerrahimi dan Jasmin Goh.

This slideshow requires JavaScript.

Mesyuarat 1 JK RAS SMK Sri Permata 2012

MINIT MESYUARAT RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) Kali ke- 1  Tahun 2012

SMK SRI PERMATA

 

Tarikh              : 02 MEI 2012

Masa               : 12.35 – 2 petang

Tempat            :  Makmal komputer

Kehadiran        : Pn. Noriah Timah bt. Bakri

                           Pn. Lim Ah Ee

                           Pn. Lee Phei Pheng

                           En. Peer Mohamad b. Mohd Kassim

                           Pn. Chua Siwe Geck

                           Cik Siti Saliza

                           Cik Fazilah Mat Zin

                           Pn. Cheah Tean Hong

                           En. Zahir b. Ahmad

                           En. Mohd Fikry

Tidak hadir    : Cik Latifah Terli

                           Cik Liew Keat Ying

 

 

AGENDA

PERKARA

TINDAKAN

 

1.0

 

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

 

1.1  Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir.

1.2  Pengerusi memberi maklumat dan penerangan berkenaan dengan program RAS.

1.3  Pengerusi menerangkan tentang maklumat projek/ aktiviti/ program yang akan dilaksanakan. Sila rujuk lampiran.

 

1.4  Setiap projek akan disertai oleh seorang guru. Sila rujuk lampiran

1.5  Perbelanjaan projek melibatkan sumber kewangan RM5000. RM 1000 akan dipegang oleh bendahari dan rm4000 akan disimpan oleh pihak sekolah. Pembayaran serta merta mestilah disertakan dengan resit.

1.6  Program akan berakhir pada bulan oktober 2012.

 

 

 

Makluman

 

2.0

 PERKARA BERBANGKIT / CADANGAN

 

2.1 Anggaran perbelanjaan bagi setiap projek adalah tidak melebihi RM 1000. Digunakan untuk hadiah, bahan-bahan serta makan minum peserta. Mesti disertakan dengan resit.

2.2 Cadangan yang diutarakan adalah:

      – Green Hari Sukan

 

      – Gotong Royong Perdana

 

      – Penggurangan Penggunaan botol mineral water

 

      – Rumah sukan disyaratkan mesti hijau untuk

        menggambarkan mesej Go Green dan penggunaan

        bahan kitar semula.

 

–       Penggunaan lampu jimat tenaga di kawasan sekolah

 

–       Penggunakan penghawa dingin di kawasan sekolah dikurangkan kepada 24 celcius

 

–       Menggunakan papan notis, blog & perhimpunan rasmi mingguan sebagai publisiti. Pelajar

boleh menggunakan kreativi masing-masing.

 
Program lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang menunujukkan minat yang tinggi sebagai penghargaan dan incentif

kepada mereka.

 

–       Cadangan bagi penanaman pokok betik dan pokok

letup-letup di kawasan parking cikgu petang.

 

 

 

Makluman

 

3.0

 

PELANCARAN PROGRAM

–       Pelancaran program RAS akan diadakan pada

07/05/2012 (Isnin) di tapak perhimpunan.

 

 

Pn Chua

 

4.0

 –       Semua aktiviti yang dijalankan hendaklah menyediakan laporan bergambar untuk diserahkan kepada S/U untuk difailkan.

 

 

Pn Fazilah

 

5.0

 Penutup

–       Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2 petang.

 

 

  

Disediakan oleh :                                            Disahkan oleh :

(FAZILAH BT MAT ZIN)                                 (PN. CHUA SIWE GECK)

     Setiausaha RAS                                              Penyelia Projek

Mesej Hijau Dalam Kelas

Setiap papan notis di kelas perlu ada mesej hijau. Konsep ini telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu dan masih diteruskan.
Kelas yang memaparkan mesej hijau akan diberi markah tambahan apabila markah keceriaan kelas diambil setiap minggu.

Saksikan mesej hijau yang terdapat.