RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) 2012 @ SMK Sri Permata

Mukahdimah:

 Tahun 2012 merupakan tahun yang memberangsangkan untuk menyambung aktiviti hijau yang telah dijalankan 3 tahun lalu (www.sripermata.wordpress.com) . Jabatan Alam Sekitar Selangor telah memilih SMK Sri Permata sebagai salah satu sekolah yang terlibat dengan aktiviti RAS 2012 dengan sumbangan kewangan sebanyak RM5000.00.

 

Kertas cadangan aktiviti dam juga makluman akaun (disimpan sementara dalam akaun PIBG) telah dikemukakan dan pada awal April 2012 sekolah dengan rasminya menjadi RAS Jabatan Alam Sekitar 2012.

Perancangan bermula secara perlahan kerana murid sedang membuat persediaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bermula awal bulan Mei. Namum demikian beberapa aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan jayanya. Semua laporan bergambar aktiviti akan disebarkan melalui blog ini dan juga di papan notis hijau (Green News).

Aktiviti akan diteruskan selepas cuti penggal Jun sehingga Oktober 2012.

Pn Chua Siwe Geck
Penyelaras Program
SMK Sri Permata

AKTIVITI CADANGAN:

3R :
Aktiviti 3R ajan dijalankan di semua bilik darjah (kitar semula kertas), Kantin , sudut Eco Enzyme , Pusat Sumer  dan juga di Gazebo & Tapak Perhimpunan untuk demonstrasi dan aktiviti 3R yang melibatkan penglibatan murid.

KEBUN / GARDENING :

Berkebun akan dijalankan di Kebun Buah, Taman Wawasan, Taman Jubli dan Taman Herba secara amnya. Aktivti lain seperti penghijauan Pusat Sumber & kelas akan dijalankan di lokasi berkenaan.

ELEKTRIK & AIR:

Aktivti-aktivti mengguna eletrik dan air dengan berhemah akan dijalankan di seluruh kawasan sekolah.

KONSERVASI HIDUPAN LIAR:

Bahan-bahan akan disampaikan semasa perhimpunan di tapak perhimpunan, Station Hijau dan juga di Pusat Sumber. Selain itu, lawatan ke tempat-tempat konservasi seperti Kuala Gandah dan Zoo akan dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang hidupan liar.

 PUBLISITI/PENGURUSAN:

Publisiti program akan dibuat melalui laman web sekolah, blog hijau sekolah dan

VI)KOMPONEN ALAM SEKITAR(PENGURUSAN,PENGHIJAUAN,KO-KURIKULUM,KURIKULUM.)

Komponen alam sekitar akan diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan melalui aktiviti Ko-kurikulum dan juga kurikulum.

Tajuk-tajuk hijau dan alam sekitar akan diserapkan melalui penulisan karangan dan essay semasa subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  komponen yang lain melalui subjek Sains dan Biology dan pembinaan slaid Power Point melalui subjek ICTL.

MAKLUMAT BERKENAAN PROJEK

A. TAJUK PROJEK: 3R

Objektif:
* Mengurangkan penggunaan / pembelian air mineral di sekolah.
* Meningkatkan rasa bertanggungjawab dan pengetahuan tentang bahayanya bahan plastic kepada alam sekitar.
* Mengitar semula kertas dalam bilik darjah, bilik guru dan pejabat untuk mengurangkan penggunaan kertas
* Menambah pengetahuan warga sekolah tentang kepentingan mengitar semual
Keterangan projek/aktiviti:
*Murid yang berjanji membawa air dari rumah akan diberi botol air percuma. Murid perlu mengisi borang persetujuan. Pengumuman dibuat semasa perhimpunan, nama peserta yang terlibat dalam projek ini diletakkan di papan notis hijau Gazebo sekolah. Pemantauan dibuat oleh Green Ambassadors sekolah.
* Mengutip dan mengasingkan kertas, botol plastic di kantin, kelas dan kawasan sekolah dengan penggunaan tong sampah berlabel.
*Mengadakan kuiz semasa perhimpunan, kelas bacaan dan juga di Pusat Sumber

Faedah-pelajar/warga sekolah/komuniti setempat:

Membina sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar  dan menjadi contoh (role model) di sekolah.

Self sustain-menjana kewangan/keberlangsungan projek:

Kebanyakan aktiviti dapat dijalankan tanpa melibatkan banyak kos, kos permulaan yang digunakan adalah untuk memotivasi  dan memperkenalkan program ini di sekolah.

Komitmen dan penglibatan pihak sekolah/pihak luar:

Pihak sekolah akan selalu menggalakkan murid membawa minuman dari rumah, menyebarkan berita mengenai alam sekitar dan juga memasukkan sekurang-kurangnya 1 aktiviti hijau dalam semua aktiviti Ko-kurikulum sekolah. Pihak sekolah akan memohon dari agensi luar dari segi kepakaran mengadakan seminar hijau dan juga lawatan sambil belajar untuk murid.

Keperluan dan sumber:

Pihak sekolah memerlukan sumber kewangan minima untuk pelaksanaan projek di atas.  Walaubagaimana pun, penglibatan dan komitmen dari semua guru, ibu bapa dan murid amatlah diperlukan.

Anggaran perbelanjaan:
RM1000.00 diperuntukkan untuk tujuan hadiah motivasi dan juga pelaksanaan projek .

 

B. TAJUK PROJEK: BERKEBUN & PENGHIJAUAN

Objektif:
* Menambah pokok-pokok hijau di kawasan sekolah
* Menanam sayur dan pokok buah-buahan
* Menjadikan tanam herbal satu kawasan menimba ilmu pengetahuan.
* Menwujudkan pondok membaca di kwasan sekeliling sekolah
Keterangan projek/aktiviti:
Murid-murid dan guru bekerjasama dengan pekerja sekolah menjaga kebun sayur dan buah-buahan. Semua pokok di taman herba dilabelkan supaya dapat pengetahuan mengenai kebaikan dan khasiat pokok. Membina pondok membaca di luar bilik darjah.

Faedah-pelajar/warga sekolah/komuniti setempat:

Membina sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar, menyihatkan badan sambil berkebun dan menambah pengetahuan tentang alam sekitar.

Self sustain-menjana kewangan/keberlangsungan projek:

Projek ini memerlukan sumber kewangan untuk membeli benih, baja organik dan juga ganjaran untuk murid yang mengambil bahagian.

Komitmen dan penglibatan pihak sekolah/pihak luar:

Pihak sekolah akan memohon sumbangan pokok-pokok dari agensi luar dan juga sumbangan baja-baja dari guru-guru dan ibu bapa.

Keperluan dan sumber:

Projek ini memerlukan penglibatan 100 orang murid, guru-guru dan pekerja sekolah.

Anggaran perbelanjaan:
RM1500.00 untuk membeli tanah, benih, anak pokok , baja , meja outdoor, dan juga makan minum murid yang bekebun.

C. TAJUK PROJEK: PENGURANGAN PENGGUNAAN DAN PEMBAZIRAN ELEKTRIK DAN AIR

Objektif:
* Meningkatkan kepentingan pengetahuan tentang renewal energy  dan penggunaan di sekitar sekolah
* Menanam sikap bertanggungjawab untuk mengelakkan pembaziran
* Sikap mengetahui cara pengiraan penggunaan tenaga dan mengathui cara-cara mengurangkan/menjimat  penggunaan

Keterangan projek/aktiviti:
Label-label dilekatkan di kawasan tandas dan singki mencuci tangan sebagai peringatan jharian kepada semua warga sekolah. Graf dari bil elektrik dan air akan dipaparkan di stesen hijau supaya semua warga tahu kos penggunaan yang terlibat. Semua kerosakan seperti paip bocor dan lain-lain perlu dibaiki dengan kadar segera. Pihak sekolah akan menjemput agensi luar seperti FOMCA dan BP Malaysia untuk mengadakan taklimat untuk murid dan guru. Kuiz (5minit) peringkat kelas dijalankan semasa P&P Pendidikan Moral.

Faedah-pelajar/warga sekolah/komuniti setempat:

Membina sikap bertanggungjawab terhadap penggunaan elektrik dan air di sekolah melalui penggunaan berhemah. Semua warga sekolah dapat mengaplikasikan sikap ini semasa penggunaan elektrik dan air di rumah masing-masing.

Self sustain-menjana kewangan/keberlangsungan projek:
Aktiviti-aktiviti ini dapat diteruskan dengan kos minima, tetapi memerlukan komitmen dari semua pihak yang mengguna kedua-dua sumber di atas.

Komitmen dan penglibatan pihak sekolah/pihak luar:

Pihak sekolah akan melantik 2 orang Green Ambassadors untuk memastikan suis elektrik ditutup selepas digunakan. Semua warga, khasnya Pentadbir, Pengawas sekolah, Green Ambassadors serta pekeja sekolah akan memastikan membuat laporan kerosakan dan memastikan tiada pembaziran semasa membuat rondaan keliling sekolah.

Keperluan dan sumber:

Semua pihak perlu memberi komitmen

Anggaran perbelanjaan:
RM500.00 untuk membaiki kerosakan, membuat banner, label dan juga insentif kelas.

D. TAJUK PROJEK: KONSERVASI HIDUPAN LIAR

Objektif:
* Meningkatkan pengetahuan serta pemahaman semua warga mengenai hidupan liar.
* Melahirkan warga yang mencintai haiwan
* Mengoptimumkan bakat murid melalui pertandingan melukis dan menulis

Keterangan projek/aktiviti:
Pertandingan melukis dianjurkan untuk murid tingkatan 1,2, dan 4 manakala pertandingan menulis untuk murid tingkatan 3 dan 5 secara tidak langsung sebagai penyediaan untuk peperiksaan PMR dan SPM. Semua hasil murid yang terpilih akan di pamerkan di sudut pameran Pusat Sumber dan stesen hijau sekolah untuk dikongsi bersama murid.
Sebelum pertandingan dijalankan, pihak sekolah akan menjemput pegawai dari agensi PERHILITAN untuk memberi taklimat kepada murid-murid. Lawatan sambil belajar akan ditawarkan kepada mereka yang telah memberi sumbangan dalam aktiviti ini.

Faedah-pelajar/warga sekolah/komuniti setempat:

Membina sikap bertanggungjawab dan saying kepada hidupan liar. Membantu menyebarkan dan menyokong usaha menjaga serta konservasi hidupan liar.

Self sustain-menjana kewangan/keberlangsungan projek:

Projek ini boleh diteruskan dengan sumber kewangan minima untuk insentif murid yang mengambil pertandingan.  Tetapi, lawatan tetap memerlukan sumber kewangan yang mencukupi.

Komitmen dan penglibatan pihak sekolah/pihak luar:

Penglibatan dan komitmen dari guru-guru Seni dan bahasa, Pusat Sumber Sekolah dan juga agensi luar seperti PERHILITAN.

Keperluan dan sumber:

Guru-guru, murid-murid dan agensi luar.

Anggaran perbelanjaan:
RM1500.00 untuk membuat lawatan dan juga insentif untuk pemenang.

E. TAJUK PROJEK: PUBLISITI DAN PENGURUSAN

Objektif:
* Menyalurkan maklumat aktiviti kepada semua warga Sri Permata
* Melibatkan penyertaan semua pihak – guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.
* Meningkatkan komitmen dan pengetahuan semua warga mengenai gaya hidup hijau
* Melahirkan generasi yang mencintai alam

Keterangan projek/aktiviti:
Mengadakan mesyuarat dalam dan dan melantik AJK serta pelaporan aktiviti pada Apr, Jun, Ogos dan Okt. Mengadakan Talkie-Talkie 2 minit pada setiap hari Rabu semasa perhimpunan. Menlengkapkan stesyen hijau dengan pelabagai maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan. Mengadakan pertandingan sudut hijau kelas dan pemantauan mingguan di setiap kelas. Memestikan semua kelab, persatuan dan unit beruniform meletak mesej hijau di papan notis mereka. Melibatkan ibu bapa yang hadir dalam majlis rasmi sekolah seperti hari Terbuka, Hari Sukan, hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum dan juga PIBG sekolah. Semua laporan dan bahan juga boleh dicapai oleh semua warga melalui blog hijau sekolah.

Faedah-pelajar/warga sekolah/komuniti setempat:

Semua warga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan satu sama lain. Semua aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancer dan menepati sasaran. Melahirkan generasi dan warga sekolah yang mencintai alam.

Self sustain-menjana kewangan/keberlangsungan projek:

Projek ini dapat dilaksanaan jika ada penekanaan dan komitmen tentang kepentingan gaya hidup hijau dari pihak atasan. Sumber kewangan yang minima diperlukan menyediakan bahan serta maklumat di sudut pameran seperti kamera dan pencetak.

Komitmen dan penglibatan pihak sekolah/pihak luar:

Semua warga termasuk PIBG dan ibu bapa perlu komited.

Keperluan dan sumber:

Semua warga perlu menjayakan aktiviti, dan juga urusetia perlu menyediakan laporan yang dikehendaki untuk disebarkan kepada semua melalui pameran, papan notic, blog dan emel.

Anggaran perbelanjaan:
RM500 untuk menyediakan bahan.

Advertisements

8 responses to “RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) 2012 @ SMK Sri Permata

  1. malini ambalagan

    nice and good job

  2. NARMATHA MOHAN 1 AMANAH

    I WOULD LIKE TO JOIN WITH GO GREEN GROUP

  3. I support the go green !
    Love it ! Live it !

  4. narmatha mohan 1 amanah

    save the plastis bag.don’t waste the plastis bag

  5. malini ambalagan 1 amanah

    reduce the amount of plastics.don’t waste them.

  6. reuse the plastic bag , reduce plastic bag , and use shopping bag when going out and buy thing. 🙂 save our earth , GO GREEN !

  7. PROTECT THE EARTH , GOOOOO……..GREEN 😀 TOMORROW WILL BE WELL ! ❤

  8. TAN MEI LENG 2AMANAH

    REUSE the plastic bag , and reduce to using plastic bag, bring / use shopping bag when going out tu buy thing, Recycle the things that can be recycle ……………… GOooooooooo GREEN ! SAVE our EARTH , tomorrow will be more WONDERFUL !!! 😀 k33p gOOOO GREENN !! 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s